[Video] Robot Kucing Tanpa Kepala Ini Dihasilkan Untuk Orang Seperti Anda


Nak bela kucing tapi tiada masa nak jaga? Bela je kucing robot ni.

Sebuah syarikat di Jepun, Yukai Engineering Co telah menghasilkan robot kucing tanpa kepala. Tak perlu takut kerana rupa Qoobo ini tidak menakutkan biarpun ia tidak berkepala.

Apabila Qoobo duduk di pangkuan anda, ekornya agak bergerak-gerak seperti seekor kucing sebenar. Tengok ni.

Qoobo diumumkan di pameran perdagangan CEATEC 2017 dan dijangka akan dijual secara komersial pada musim panas akan datang pada sekitar harga $100.

Bateri Qoobo mampu bertahan selama lapan jam dan ia boleh dicas semula dengan menggunakan cable USB.

Salah seorang pereka Yukai Engineering Co datang dengan idea untuk menghasilkan Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila dia terpaksa meninggalkan kucing kesayangannya dengan ibu bapanya kerana pangsapuri yang didudukinya tidak membenarkan mereka membela haiwan peliharaan.

Sejak itu dia memutuskan untuk menghasilkan robot seperti Qoobo sebagai pengganti haiwan kesayangannya.

Ini adalah jauh lebih murah berbanding kos membela kucing sebenar, tak gitu?

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
1
OMG
WOW WOW
0
WOW
SEDIH SEDIH
2
SEDIH
TAKUT TAKUT
2
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

[Video] Robot Kucing Tanpa Kepala Ini Dihasilkan Untuk Orang Seperti Anda

log in

reset password

Back to
log in