5 Sebab Mengapa Anda Perlu Katakan Ya Kepada Konsert Hatsune Miku


Peminat muzik Vocaloid di serata Malaysia heboh memperkatakan tentang Miku Expo 2017 yang berlangsung Disember ini. Ramai yang teruja dan tidak sabar untuk bertentang mata dengan gadis hologram terkenal, Hatsune Miku. Kami senaraikan 5 sebab mengapa ada perlu pergi ke konsert ini.

#1 Yang Pertama Seumpamanya di Malaysia

Apa itu Vocaloid? Persembahan Vocaloid bukanlah persembahan artis yang biasa-biasa, tetapi imej serta aksi Miku dipancarkan dari projektor hologram. Selama beberapa tahun para peminat cukup teruja dengan teknologi ini yang masih belum meluas dan kini dipelopori pemuzik Jepun. Memang WOW! Malah, inilah kali pertama teknologi ini dibawa ke Malaysia di Miku Expo 2017, memang peluang sekali seumur hidup!

#2 Persembahan Memukau

Sebagai penyanyi hologram, Miku tidak berhadapan limitasi seperti yang dihadapi kebanyakan penyanyi biasa. Paling mudah, Miku tidak perlu ke belakang pentas untuk menukar pakaian, proses ini berlaku cukup pantas, di hadapan penonton. Gerak gaya Miku serta persembahannya memukau, walaupun anda pertama kali menyaksikan persembahan ini.

#3 Penyanyi Vocaloid, Pemuzik LIVE

/center>
Miku bukan sekadar membuat persembahan dengan muzik rakaman, tetapi persembahannya diiringi LIVE BAND. Bayangkan persembahan watak hologram dengan LIVE BAND, memang awesome dan realistik!

#4 Bertemu Muka Beramah Mesra Dengan Peminat Vocaloid
Selain konsert, banyak lagi perkara awesome tentang Miku Expo! Anda boleh melawat pameran, mendapatkan cenderamata Hatsune Miku, bertemu peminat Vocaloid dan berhibur dengan persembahan para DJ Jepun.

#5 Persembahan Bintang Tempatan
Tidak sempurna sesuatu konsert itu tanpa persembahan pembukaan yang hebat. Miku Expo 2017 menampilkan bintang Malaysia Zizan Razak yang akan berduet bersama Miku menyanyikan lagu Chentaku. Jom layan video ni, bayangkan aksi sweet Zizan dan Miku menyanyikan lagu yang banyak punchlines ni.

Kehadiran sensasi YouTube Thailand Chaleeda Gilbert juga pastinya dinantikan para peminat di acara ini. Mungkinkah lagu yang dihasilkan SonaOne ini bakal Chaleeda nyanyikan di konsert ini nanti?

Banyak lagi perkara menarik yang menanti anda di Miku Expo 2017 yang berlangsung pada 16 Disember ini. Rugilah jika anda terlepas menyaksikannya. Tiket adalah terhad. Jom dapatkannya segera.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Miku Expo 2017.


Like it? Share with your friends!

-1
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
1
WOW
SEDIH SEDIH
1
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
0
BEST

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Katakan Ya Kepada Konsert Hatsune Miku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in