5 Suara Masa Depan Buat Anda Jatuh Cinta Pandang Pertama


Secara tiba-tiba perkataan Vocaloid popular di kalangan rakyat Malaysia. Perkataan ini mungkin asing bagi mereka yang bukan kaki anime atau peminat manga dari Jepun, kedatangan Hatsune Miku ke Malaysia sempena konsert sulungnya di negara ini Miku Expo 2017 menyebabkan Vocaloid mula mengisi enjin carian Google.

Ramai yang menganggap Vocaloid sebagai anime hakikatnya bukan, peminat anime sendiri tidak suka dikaitkan dengan Vocaloid. Tetapi siapa dapat menolak persamaan antara Miku dan anime? Vocaloid wujud dalam anime tetapi ia bukanlah anime. Jadi apa sebenarnya Vocaloid ni?

via GIPHY

Secara teknikalnya, Vocaloid merupakan program sintesis muzik maya yang dibangun dan dikomersilkan oleh Yamaha Corporation. Menerusi program ini, pengguna komputer boleh mencipta lagu mereka sendiri untuk dinyanyikan oleh penyanyi maya seperti Miku.

Suara asal penyanyi Vocaloid ini diambil daripada individu tertentu dalam pelbagai versi suara; lembut, menjerit, berbisik dan merintih. Perisian ini boleh mengubah tekanan sebutan, menambah kesan seperti vibrato, atau mengubah dinamik dan nada suara. Setiap Vocaloid yang dijual berkonsepkan “seorang penyanyi dalam satu kotak”, direka untuk bertindak sebagai pengganti kepada seorang penyanyi sebenar.

Pada asalnya perisian ini hanya wujud dalam bahasa Inggeris dengan Vocaloid generasi terawal Leon, Lola dan Miriam, serta bahasa Jepun dengan Meiko dan Kaito. Kemudian muncul versi terbaharu yang menyokong bahasa Sepanyol seperti Bruno, Clara dan Maika, bahasa Cina untuk Luo Tianyi dan Yanhe serta bahasa Korea untuk SeeU.

Tetapi antara ramai-ramai penyanyi Vocaloid, 5 yang kami senaraikan ini antara yang paling popular dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Nama-nama ini merupakan penyanyi maya dari Jepun!

#1 Kagamine Rin dan Len

Perkataan “Kagamine” itu sendiri membawa maksud suara dari cermin. Rin dan Len, cermin kepada satu sama lain kerana suara mereka diambil daripada pelakon suara Asami Shimoda. Menariknya walaupun berasal daripada suara orang yang sama, kedua karakter ini sering menyanyi berduet di pentas yang sama.

#2 Megurine Luka

Luka merupakan antara Vocaloid pertama yang mempunyai kebolehan menyanyikan lagu-lagu Jepun dan Inggeris. Berbeza daripada karakter lain yang ditampilkan dalam uniform sekolah, Luka penyanyi maya dengan imej wanita dewasa dan gown. Suaranya pula diambil daripada penyanyi dan pelakon suara Yu Asakawa.

#3 Kaito

Kaito, salah satu daripada Vocaloid terawal yang dihasilkan oleh Yamaha Corporation. Keito boleh dikatakan late bloomer, dia lambat dikenali tetapi akhirnya berjaya mencapai puncak dan berada di kalangan 10 produk Crypton Future Media terbaik. Suaranya diambil daripada penyanyi Naoto Fuga.

#4 Meiko

Sama seperti Kaito, Meiko juga antara karater awal Vocaloid dan berjaya mencapai jualan tertinggi. Populariti Meiko kekal sehingga terhasilnya versi Ke-2 Vocaloid Hatsune Miku. Suara Meiko diambil daripada penyanyi wanita profesional, Meiko Haigo.

#5 Hatsune Miku

Ikon Vocaloid terkenal yang kini membuatkan konsert bergerak seluruh dunia . Miku bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 16 Disember ini dengan menggunakan imej projektor. Persembahan diva maya ini pastinya dinantikan seluruh peminat, dan rata-rata tidak sabar melihat gandingan Miku bersama Zizan dan penampilan Chaleeda Gilbert untuk acara pembukaan. Miku menggunakan suara aktres popular Jepun, Saki Fujita.

Sekali imbas kelihatan sama, tetapi jika anda dengarkan nyanyian mereka dalam video ini, jelas perbezaan juga karakter mereka.

Apa tunggu lagi, klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Miku Expo 2017.


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
1
BEST

5 Suara Masa Depan Buat Anda Jatuh Cinta Pandang Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in