Aiskrim Ini Boleh Bertahan Selama Berjam-Jam Meskipun Dalam Keadaan Cuaca Panas


Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi di Kanazawa, Jepun berjaya menemui cara untuk mengatasi aiskrim dari cepat cair.

Difahamkan inovasi baru itu diperolehi secara tak sengaja. Atas permintaan pusat penyelidikan, seorang chef pastri diminta untuk mencipta satu manisan baru dengan menggunakan polifenol yang terdapat dalam buah strawberi.

Namun hasilnya, manisan tersebut menjadi terlalu keras.

Dari situ, pasukan penyelidik mendapati polifenol boleh digunakan untuk menjadikan aiskrim tahan lebih lama dan dapat mengurangkan kadar percairan.

Seorang pensyarah di Universiti Kanazawa, Tomihisa Ota turut membantu dalam menjayakan penyelidikan tersebut. Katanya, “cecair polifenol mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan air dan minyak sukar dipisahkan”.

Menurut presiden pusat penyelidikan, Takeshi Toyoda, bentuk aiskrim tersebut masih kekal biarpun terdedah dengan udara panas dari pengering rambut.

Difahamkan, aiskrim ini hanya terdapat di Jepun sahaja.

 

Sumber: mstar


Like it? Share with your friends!

-1
Your reaction?
Haha! Haha!
1
Haha!
OMG OMG
5
OMG
DUHH! DUHH!
5
DUHH!
WOW WOW
4
WOW
SEDIH SEDIH
2
SEDIH
GERAM GERAM
6
GERAM
TAKUT TAKUT
3
TAKUT
BEST BEST
5
BEST

Aiskrim Ini Boleh Bertahan Selama Berjam-Jam Meskipun Dalam Keadaan Cuaca Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in