Buta Sebelah Mata Gara-Gara Main Game Tanpa Rehat


Kerap mengadap telefon untuk bermain game, gadis berusia 21 tahun dari wilayah Guangdong ini mendapati mata sebelah kanannya gagal berfungsi.

Dia dibawa ke hospital namun doktor gagal mengetahui apakah punca sebenar matanya jadi sebegitu.

Empat hari kemudian, mereka akhirnya membuat diagnosis terhadap mata gadis itu dan mereka mendapati ia mungkin berpunca kerana ketegangan mata yang teruk berpunca dari bermain game terlalu lama tanpa rehat.

Kebiasaanya insiden seperti ini hanya dikaitkan dengan kehilangan penglihatan di kalangan orang tua.

“Pada hari tidak bekerja, saya biasanya akan bangun pada pukul 6 pagi, makan sarapan dan bermain game sehingga 4 petang,” katanya kepada South China Morning Post memberitahu tentang rutinnya ketika bercuti. “Kemudian saya akan berhenti seketika untuk makan sesuatu, tidur dan sambung bermain game sehingga 1 pagi.”

Dia dikatakan menyesal kerana dia tidak mendengar nasihat kedua ibu bapanya, yang sering memberi amaran kepadanya untuk tidak bermain telefon secara berlebihan.

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
1
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
1
SEDIH
TAKUT TAKUT
3
TAKUT
BEST BEST
1
BEST

Buta Sebelah Mata Gara-Gara Main Game Tanpa Rehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in