Dua Beradik Jual Satu Peket Udara Segar Pada Harga RM9


Gara-gara pencemaran udara semakin meningkat, dua beradik dari Xining, China dikatakan menjual udara segar secara online.

Menerusi laman web yang disediakan, para pelanggan diminta untuk memilih jenis-jenis udara yang mereka inginkan. Sama ada dari atas gunung atau lembah gunung.

Setiap peket plastik dijual pada harga 15 yuan dan mereka mendakwa sebanyak 100 peket udara telah berjaya dijual.

Sungguhpun begitu, perniagaan ini dikatakan bukanlah kerana wang semata-mata. Tapi adalah untuk menarik perhatian agar orang ramai melindungi alam sekitar.

Di Weibo, rata-rata mengecam tindakan dua beradik ini. Ada yang berpendapat mereka hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri. Tak kurang juga yang bertanyakan, berapa banyak kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap alam sekitar dengan menggunakan beg plastik.

Udara milik Bumi, bagaimana mereka boleh menjadikan harta peribadi dengan menjualnya?” komen salah seorang netizen yang mengatakan idea itu membuatnya berasa sakit hati.

Sudah tentu kedua-dua adik beradik ini bukanlah orang pertama yang cuba memperolehi keuntangan dari penjualan udara ini. Awal tahun ini, sebuah jabatan perhutanan Xi’an mula menjual udara segar dari gunung Qinling pada harga 18 yuan setin. Projek itu juga telah menerima 200,000 yuan sebagai pelaburan kerajaan.

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
6
Haha!
OMG OMG
7
OMG
WOW WOW
55
WOW
SEDIH SEDIH
9
SEDIH
TAKUT TAKUT
6
TAKUT
BEST BEST
9
BEST

Dua Beradik Jual Satu Peket Udara Segar Pada Harga RM9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in