Gamers! Mana Tau Korang Boleh Menang Trip Ke Rusia Untuk 2 Orang & Wang Tunai RM5,000!


Gaming ni membuang masa dan langsung tidak berfaedah! Tetapi Gamers sudah biasa dengan persepsi negatif ni. Dulu mungkin dapat diterima, tetapi sekarang komuniti Gamers bergerak secara aktif menyertai pelbagai kejohanan Gaming yang menjanjikan hadiah lumayan!

Salah satu daripadanya Rah Rah Russia Esports Tournament yang bakal berlangsung mulai 14 April hingga 12 Mei 2018. E-tournament ni menjanjikan hadiah utama wang tunai RM5,000 dan trip ke Rusia untuk dua orang. Memang berbaloi!

Korang hanya perlu tunjukkan skill FiFa 18 dan tewaskan pihak lawan! Nak menang acara ni, kenalah banyak berlatih mulai sekarang!

via GIPHY

Format kejohanan ini terbahagi kepada dua iaitu round robin group stage yang melibatkan 256 pemain dibahagikan kepada 64 kumpulan dengan 4 orang pemain setiap kumpulan dan 3 pemain terbaik untuk single elimination knockout stage.

Pusingan kelayakan akan diadakan di empat negeri ini untuk mencari finalis ke pusingan seterusnya:
• Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 14 dan 15 April 2018 (2 finalis)
• Dataran Pahlawan Merdeka Megamall, Melaka: 28 dan 29 April 2018 (2 finalis)
• Kuantan City Mall, Pahang: 5 dan 6 Mei 2018 (2 finalis)
• Sunway Pyramid, Selangor: 11 dan 12 Mei 2018 (6 finalis)

Juara Rah Rah Russia Esports Tournament akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trip ke Rusia untuk dua orang, RM3,000 untuk pemenang tempat kedua dan tempat ketiga dan keempat masing-masing bawa pulang RM1,000.

via GIPHY

Korang yang tak berjaya ke final, tak perlu sedih. Ada hadiah menanti korang. Juara pusingan kelayakan akan menerima RM2,000, Tempat kedua RM1,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM500. Yang dapat nombor 5 hingga 8 pula terima RM250.

Tak pandai main tapi korang datang untuk beri sokongan kepada pemain? Korang pun boleh bawa pulang hadiah cabutan bertuah yang best! Apa tunggu lagi, daftar penyertaan anda sekarang secara online di www.RRRussia.com.my.

Rah Rah Russia Esports Tournament ditaja oleh Vivo. Dapatkan telefon pintar V9
FullView ™ yang serba baharu. V9 menawarkan reka bentuk kompak lebih luas dengan 6.3 inci paparan skrin berbanding ciri sebelumnya dan mengaplikasikan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya V7 +. Bezel sisi turut dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm. Bagi menghasilkan reka bentuk telefon yang lebih elegan, setiap bucu dibentuk dengan teliti untuk memastikan keselesaan mutlak di telapak tangan anda.

Fungsi baru kamera ‘AI-powered’ meneruskan objektif Vivo menyediakan kamera telefon bimbit dengan 24MP bagi kamera depan dan 16MP+5MP bagi dwi kamera. Vivo menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI) bagi membantu pengguna mendapatkan imej bagi menyerlahkan kecantikan mereka. Layari Vivo Malaysia untuk info lanjut.


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
0
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
0
BEST

Gamers! Mana Tau Korang Boleh Menang Trip Ke Rusia Untuk 2 Orang & Wang Tunai RM5,000!

log in

reset password

Back to
log in