Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam adik ni. Biarpun baru mencecah usia 2 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir sudah berjaya menghafal 42 surah termasuklah lima surah panjang.
Difahamkan, si cilik ini sudah boleh membaca surah sampai habis. Cumnya perlu ada bantuan untuk baca permulaan ayat.
Menurut ibunya, Nurul Shahida Lukman, mereka sering mendodoikan anaknya dengan bacaan Al-Quran kerana tanpa alunan bacaan Al-Quran Ahmad Ziyyad dikatakan sukar untuk tidur.
Pada awal usia 11 bulan, mereka mengesan mulut anaknya terkumat kamit seperti mengikut mereka mengaji bersama. Sungguh luar biasa!
Sumber: themalaymailonline
Connect with us