Tutup Iklan Close Ad

Kejam! Tinggalkan Haiwan Ni Hidup-Hidup Di Taman Marin Yang Dibiar Terbengkalai


Terdapat beberapa spesis hidupan laut yang ditinggalkan hidup-hidup di sebuah taman marin yang terbiar di Jepun.

Media antarabangsa melaporkan terdapat beberapa spesis seperti ikan lumba-lumba, sedozen penguin dan beberapa hidupan laut lain ditinggalkan di situ.

Difahamkan, Inubosaki Marine Park Aquarium telah ditutup pada Januari 2018 dan ia berpunca dari kekurangan pengunjung berikutan gempa bumi kuat dan krisis nuklear pada tahun 2011.

Sekumpulan aktivis yang dikenali sebagai PEACE berusaha untuk menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut. Mereka mendesak orang ramai untuk menghantar poskad ke pejabat Choshi City mendesak agar mereka untuk bertindak.

Walaubagaimana pun, pihak berkuasa tidak dapat mengambil apa-apa tindakan memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan persendirian.

CNN, Reuters dan saluran media antarabangsa yang lain telah berjaya menghubungi syarikat induk Inubosaki Marine Park Aquarium itu, tetapi setakat ini mereka belum mendapat sebarang jawapan. Seorang pegawai bandaraya Choshi berkata mereka juga tidak dapat menghubungi wakil dari taman marin tersebut.

Berita yang mengejutkan ini dilaporkan oleh media barat pada bulan Ogos lepas, biarpun terdapat beberapa kempen dan petisyen yang meminta pembebasan kesemua haiwan yang terdapat di Aquarium Marinari Inubosaki Park, namun tiada apa yang boleh dilakukan. Ini kerana pemilik taman marin itu terus berdiam diri, dan sehingga mereka meluluskan pemindahan, pihak berkuasa menegaskan tidak ada yang dapat mereka lakukan.

 

Sumber: Odditycentral


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
2
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
1
BEST

Kejam! Tinggalkan Haiwan Ni Hidup-Hidup Di Taman Marin Yang Dibiar Terbengkalai

log in

reset password

Back to
log in