Tutup Iklan Close Ad

Kereta Terbang Pertama Di Dunia Akan Mula Dijual Bulan Ini


Dulu bila sebut Wawasan 2020 je mesti ramai yang terbayang kereta terbang berterbangan di udara, kan? Siapa cakap itu hanya imiginasi dan mustahil boleh berlaku?

Transition, kereta terbang pertama di dunia yang boleh bertukar kepada pesawat akan mula dijual bulan ni.

Difahamkan, harga kenderaan ini belum ditentukan lagi tetapi jualan awal untuk model perintis pertama akan berada di pasaran.

Menurut pengilang, Terrafugia, yang dimiliki oleh syarikat induk Volvo, Transition mampu terbang sehingga 400 batu (640km) dengan pecutan terpantas 160km sejam.

Transition dilengkapi dengan kamera pandang belakang dan sistem payung terjun yang baru. Kenderaan ini juga memenuhi piawaian Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya dan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan tetapi pengguna memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikannya.

Pesawat ini mempunyai sayap boleh lipat, dengan berat kira-kira 590kg dan mempunyai gear pendaratan tetap. Ia boleh terbang pada ketinggian maksimum 10,000 kaki.

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
1
Haha!
OMG OMG
1
OMG
WOW WOW
4
WOW
SEDIH SEDIH
1
SEDIH
TAKUT TAKUT
2
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

Kereta Terbang Pertama Di Dunia Akan Mula Dijual Bulan Ini

log in

reset password

Back to
log in