Dipakaikan Baju Tidur, Keldai Ini Jadi Tumpuan!


Jika anda merancang untuk ke Perancis, apa kata singgah ke Pulau Rhea, atau Île-de-Ré, berhampiran La Rochelle.

Selain dari memiliki pemandangan yang cantik, Pulau Rhea turut menjadi tumpuan pelancong kerana keunikkannya di mana keldai-keldai di sana dipakaikan dengan baju tidur.

Spesies keldai Poitou ini digunakan untuk bekerja di ladang-ladang dan paya garam satu ketika dahulu. Spesies Poitou merupakah salah satu baka keldai terbesar dan cukup kuat.

Untuk mengelakkan dari kaki keldai ini digigit nyamuk atau serangga lain, pemilik keldai mula membuat seluar khas untuk mereka. Seluar akan disarungkan setiap hari sebelum keldai-keldai ini mula bekerja.

Selepas Perang Dunia II, mesin mula menggantikan keldai dan orang mula berhenti membiak keldai. Tidak ada lagi permintaan untuk haiwan itu, sehingga bilangan mereka turun ke hanya 44 di seluruh dunia pada tahun 1977.

Jumlah keldai mula meningkat kepada 450 pada tahun 2005 setelah usaha-usaha penting dibuat untuk memulihkan populasi mereka.

Walaupun mereka tidak bekerja di paya garam lagi, mereka masih memakai baju tidur untuk menggembirakan pelancong.

 

Sumber: Viral Nova


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
3
Haha!
OMG OMG
2
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
1
SEDIH
TAKUT TAKUT
1
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

Dipakaikan Baju Tidur, Keldai Ini Jadi Tumpuan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in