Nenek Punca Flight Delay


Penerbangan China Southern Airlines ditangguhkan selepas seorang wanita tua, 80,  dilihat mencampakkan duit syiling ke enjin kapal terbang ketika para penumpang sedang menaiki pesawat. Menurut polis lapangan terbang, salah satu syiling yang dicampak telah masuk ke dalam enjin pesawat.

Polis lapangan terbang berkata wanita tua yang dikenali sebagai Qiu itu tidak mempunyai rekod jenayah atau sejarah penyakit mental, dan tujuannya membuang duit syiling itu hanya untuk berdoa supaya penerbangannya selamat.

Pegawai penyelenggara pesawat telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawat serta enjin dan mereka telah menemui sebanyak 9 keping duit syiling di luar dan di dalam enjin.

Menurut mekanik penerbangan, Xinmin, penumpang serta krew kabin pesawat cukup bernasib baik kerana ada inidvidu  yang menyedari insiden tersebut.

Penerbangan ke Guangzhou pada asalnya dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong pada pukul 12:40 malam. Tetapi disebabkan insiden syiling tersebut, pesawat itu berlepas pada jam 18:00 waktu tempatan.

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
1
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
3
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
2
TAKUT
BEST BEST
1
BEST

Nenek Punca Flight Delay

log in

reset password

Back to
log in