Pasport Malaysia Terbaru Kini Lebih Selamat Dan Cantik


Pasport Malaysia yang terbaru bukan sahaja lebih cantik, malah ciri-ciri keselamatannya turut dipertingkatkan.

Corak kulit dalam ‘buku merah’ ini diserikan dengan corak bermotifkan songket dan bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya.

Halaman dalam pasport ini juga turut diletakkan mercu tanda ikonik Malaysia seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara dan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu.

Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan yang dinaik taraf:

1. Cip pada pasport kini diletakkan di bahagian dalam pasport berbeza dengan pasport lama dimana cip diletakkan di bahagian kulit belakang. Dengan kedudukan baru ini ia akan memudahkan bacaan data dengan lebih efektif.

2. Setiap halaman pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan kesahihan pasport juga hanya boleh dilakukan dengan cahaya ultraviolet dan tidak lagi dengan mata kasar. Selain itu kulit depan dan belakang juga mengandungi ciri keselamatan tambahan.

3. Kedudukan baru cip juga menjadikan pasport lebih sukar untuk di tiru.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen iaitu Datuk Seri Mustafar Ali, hampir 20,000 pasport dengan reka bentuk dan ciri baru ini sudah dikeluarkan antara 15 November dan 29 November.

BACA: Pasport Malaysia Kini Ranking Keenam Power Di Dunia

Setakat ini pasport ini hanya dikeluarkan di pejabat Imigrsen di Menara Ikhlas, Putrajaya. Manakala untuk lokasi lain akan dikeluarkan secara berperingkat.

Datuk Mustafar juga menegaskan bahawa pasport lama masih sah untuk digunakan.

Beliau berkata jabatan itu telah melakukan pemeriksaan kualiti yang teliti terhadap setiap dokumen baru yang dikeluarkan untuk memastikan kesahihannya dan mengekalkan piawaian pasport Malaysia yang tinggi.

 

Sumber: The Star


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
1
Haha!
OMG OMG
1
OMG
WOW WOW
3
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
2
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

Pasport Malaysia Terbaru Kini Lebih Selamat Dan Cantik

log in

reset password

Back to
log in