Pelakon Ini Disaman Gara-Gara Papar Nombor Telefon Dalam Filem Terbarunya


Bintang filem Bangladesh, Shakib Khan, salah seorang pelakon yang paling terkenal di negara itu, telah didakwa atas kesalahan menggunakan nombor telefon seorang pengayuh beca di dalam filem terbarunya.

Plaintif mendakwa, sejak filem itu dilancarkan dia telah dibanjiri dengan panggilan telefon daripada peminat-peminat wanita pelakon itu dan menyebabkan hidupnya terganggu.

Dia telah memfailkan kes terhadap Khan, serta pengarah filem Bulbul Biswas dan produser Ashfaq Ahmad kerana menggunakan maklumat peribadinya tanpa izin.

Filem Rajneeti telah disiarkan pada 25 Jun 2017. Salah satu babak menunjukkan Shakib menggunakan telefon dengan memaparkan nombor telefonnya. Yang mana nombor tersebut merupakan nombor rekaan pihak produksi.

Namun malangnya nombor yang mereka gunakan itu merupakan nombor telefon individu lain iaitu Ijajul Mia dari kampung Jatrapasha.

Ijajul sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Dek kerana menerima panggilan yang terlalu banyak dari pemanggil wanita, isterinya mula mengesyaki yang dia curang dengan wanita lain.

 

Sumber


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
2
Haha!
OMG OMG
2
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
1
SEDIH
TAKUT TAKUT
2
TAKUT
BEST BEST
1
BEST

Pelakon Ini Disaman Gara-Gara Papar Nombor Telefon Dalam Filem Terbarunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in