Tutup Iklan Close Ad

Perkahwinan Dua Pasangan Kembar Seiras Curi Perhatian


Ini bukanlah perkahwinan pertama di China, di mana adik beradik kembar seiras berkahwin dengan pasangan mereka yang juga kembar seiras.

Zheng Dashuang dan Zheng Xiaoshuang yang berusia 26 tahun berkahwin dengan Liang Jing dan Liang Qing berusia 23 pada 3 Disember yang lepas.

Keluarga mereka mula berkawan sejak 10 tahun yang lalu. Melalui perkenalan itu, pasangan kembar tersebut telah jatuh cinta di antara satu sama lain.

Difahamkan, ibu mereka sudah memutuskan untuk menjodohkan mereka pada saat pertama kali mereka bertemu.

BACA: Sukar Mengenal Pasti Pasangan Masing-Masing, Pasangan Kembar Seiras Ini Buat Pembedahan Plastik

Perkahwinan seperti ini amat jarang berlaku dan ia telah mencuri perhatian ramai. Ada yang berseloroh sambil mengingatkan mereka supaya tidak tertukar isteri pula nanti. Mana taknya, masa wedding tu bukan sekadar wajah je yang serupa, tapi pakaian dan makeup mereka juga sama membuatkan tetamu keliru.

Malah, tak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap mereka akan melahirkan anak kembar. Seperti mana yang diharapkan oleh ibu mereka.

 


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
3
Haha!
OMG OMG
2
OMG
WOW WOW
2
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

Perkahwinan Dua Pasangan Kembar Seiras Curi Perhatian

log in

reset password

Back to
log in