Rekod Dunia Baru, Pelangi Di Taiwan Muncul Paling Lama


Tahukah anda berapa lama tempoh pelangi muncul juga dikira sebagai rekod dunia?

Terbaru, pelangi di Taiwan telah mencatat rekod dunia baru dengan muncul selama hampir sembilan jam atau lebih tepat lagi 8 jam, 58 minit.

Rekod di Taiwan ini mungkin akan mengatasi rekod dunia sebelum ini di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994. Menurut Guinness World Records, pelangi di Yorkshire muncul selama 6 jam.

Pihak Universiti kebudayaan Taipei telah meminta pelajar dan kakitangan untuk menghantar gambar atau video yang mereka ambil untuk dijadikan bukti kepada Guiness World records bahawa satu rekod baru dunia telah dicatat.

Menurut Guiness World Record, pelangi kebiasaannya akan muncul kurang dari sejam.

 

Sumber: BBC


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
1
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
0
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
0
BEST

Rekod Dunia Baru, Pelangi Di Taiwan Muncul Paling Lama

log in

reset password

Back to
log in