Tutup Iklan Close Ad

Tabiat Suka Simpan Barang Lama Tanda Anda Menghidapi Masalah Otak


Kebanyakkan daripada kita pasti ada satu tabiat suka menyimpan barang-barang lama, dengan alasan ia mungkin ada nilai sentimental atau sejarah tersendiri.

sayang nak buang barang tanda hidap sakit mental ‘hoarding disorder’

Jika tiada nilai sentimental, alasan yang mungkin digunakan ialah ‘Nanti nak guna barang ni’, menyebabkan kita masih simpan barang tersebut, walaupun ia tidak lagi digunakan pun.

sayang nak buang barang tanda hidap sakit mental ‘hoarding disorder’

Graduan psikologi daripada Universiti of Nottingham, Aiman Amri, atau lebih dikenali sebagai AimanPsikologis, berkongsi dilaman Facebooknya, mengenai kecenderungan seseorang menyimpan barang-barang lama, dan menyifatkan ia sebagai salah satu tanda kecelaruan mental yang dikenali sebagai Hoarding Disorder.

HOARDING DISORDER – PENYAKIT MENYIMPAN BARANG

Ini antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.

Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.

Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.

Yang lebih menyukarkan lagi rawatan ialah, kerana penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah satu perkara normal.

Rawatan untuk keadaan mental menjadi pulih, salah satu faktor kritikal ialah penghidapnya mahu diubati. Namun bagi penghidap Hoarding Disorder ini, mereka berada kesukaran di peringkat ini.

Kondisi awal mereka bermula sebagai:

1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan

2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.

3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.

Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.

Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala,

“Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna.”

ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA.

“Percaya bahawa objekt tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti.”

———

Punca Hoarding Disorder boleh terjadi?

Tidak diketahui, masih misteri. Kemungkinan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasan.

———

Bagaimana untuk mengatasi nya?

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.

Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.

Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.

Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.

Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertai nya sayang nak buang barang tanda hidap sakit mental 🙂

Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.

Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran terhadap kesihatan mental manusia, ia bukan semata-mata mengenai depresi, anxiety, ADHD, autism dan sebagainya.

Ia lebih luas daripada itu.

—–

With Love,

Aiman Amri,
BSc in Psychology,
University of Nottingham, UK


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
0
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
1
WOW
SEDIH SEDIH
0
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
0
BEST

Tabiat Suka Simpan Barang Lama Tanda Anda Menghidapi Masalah Otak

log in

reset password

Back to
log in