Tutup Iklan Close Ad

Lelaki Ini Kelihatan Lebih Tua Dari Usia Sebenar


Kalau tak kenal Xiao Cui ni mesti ramai yang ingat dia berusia 80 tahun. Ye tak?

Sebetulnya dia merupakan seorang pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun yang mengalami masalah kesihatan yang jarang ditemui yang menjadikannya kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Sehingga kini, doktor masih tidak dapat mengenal pasti kondisi sebenar Xiao Cui ini, apalagi mencari cara untuk menyembuhkannya, jadi Xiao Cui tidak mempunyai pilihan lain selain tetap positif.

Menurut Xiao Cui, ada orang yang suka mengejeknya dan dia mengaku kadang-kala dia terasa hati. Tetapi dia tahu satu-satunya cara untuk mengatasi situasi itu hanyalah dengan kekal positif.

“Saya berbohong jika saya mengatakan bahawa saya tidak terganggu oleh penampilan saya, tetapi saya sentiasa menjadi orang yang positif, itu adalah kekuatan saya yang paling besar,” kata Xiao Cui.

Xiao Cui berharap dia dapat menyambung pengajian di Universiti Beijing atau Universiti Tsinghua, dua institusi pembelajaran yang paling berprestij di China.

Terdapat beberapa pesakit lain yang menghidap penyakit yang lebih kurang sama dengan Xiao Cui.

Hu Juan, seorang wanita berusia 28 tahun yang kelihatan seperti seorang nenek tua. Dia telah didiagnosis dengan gangguan tisu yang sangat jarang ditemui yang dikenali sebagai Cutis Laxa. Yuan Taiping pula berumur 30 tahun, kulitnya yang berkedut membuatkan dirinya kelihatan sekurang-kurangnya lima dekad lebih tua. Persamaan mereka adalah kedua-duanya berasal dari China.

 

Sumber: Odditycentral


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
3
Haha!
OMG OMG
0
OMG
WOW WOW
4
WOW
SEDIH SEDIH
4
SEDIH
TAKUT TAKUT
4
TAKUT
BEST BEST
5
BEST

Lelaki Ini Kelihatan Lebih Tua Dari Usia Sebenar

log in

reset password

Back to
log in