Video Punya Pasal, Seorang Pengguna Youtube Nyaris Maut


Seorang pengguna Youtube nyaris maut selepas kepalanya terperangkap dalam microwave oven yang berisi bancuhan simen di Wolverhampton, Britain.

Mangsa dan rakan-rakannya dikatakan cuba membuat acuan kepala menggunakan campuran simen dan oven berkenaan untuk rakaman yang akan disiarkan di Youtube.

Anggota bomba dan paramedik terpaksa dipanggil dan mereka mengambil masa kira-kira 90 minit untuk mengeluarkan kepalanya.

Difahamkan, rakan-rakannya berjaya memasukkan tiub udara ke mulut lelaki berusia 22 tahun itu dalam usaha membantunya bernafas.

Komander Operasi Shaun Dakin berkata walaupun mungkin kelakar namun tindakan itu boleh menyebabkan mangsa sesak nafas atau mengalami kecederaan serius.

“Dia dan rakan menggunakan tujuh beg untuk membuat campuran plaster, dituang di sekeliling kepala yang dilapik dengan plastik.

“Ketuhar itu dijadikan sebagai acuan namun tidak dihidupkan. Campuran plaster itu menjadi keras dengan cepat.

“Ketika kami dihubungi, mereka sudah pun mengambil masa sejam setengah untuk mengeluarkannya,” katanya.

 

Sumber: HM


Like it? Share with your friends!

0
Your reaction?
Haha! Haha!
2
Haha!
OMG OMG
1
OMG
WOW WOW
3
WOW
SEDIH SEDIH
3
SEDIH
TAKUT TAKUT
0
TAKUT
BEST BEST
2
BEST

Video Punya Pasal, Seorang Pengguna Youtube Nyaris Maut

log in

reset password

Back to
log in